Kerajaan menyedari bahawa proses pembelajaran dari rumah mempunyai kekangan terutamanya berkaitan pemilikan peranti yang sesuai dan akses kepada internet.<br /><br />Menurut Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin, kaji selidik Kementerian Pendidikan yang telah dijalankan kepada lebih 670,000 ibu bapa dan hampir 900,000 pelajar mendapati antaranya, 36.9% pelajar tidak mempunyai sebarang peranti.